0 Items in your cart – View Cart

Welcome Guest. Register to sign in

Sign In New User Forgot Password

About Us


GaleriWangian.com
merupakan kedai online yang menawarkan produk-produk wangian seperti minyak wangi (perfume) yang TULEN (original), BERKUALITI dan pastinya menawarkan harga yang lebih MURAH berbanding produk-produk yang sama yang dijual di kaunter-kaunter. Terdiri dari jenama-jenama perfume yang popular seperti Burberry, Bvlgari, Calvin KleinHugo Boss, Dunhill dan Ralph Lauren, GaleriWangian.com pastinya akan menawarkan servis terbaik dan berkualiti kepada pembeli. Galeri ini menawarkan produk utama iaitu Perfume Original Baru, Perfume Tester Baru dan Set Perfume@Coffret.

Perfume Original Baru (New In Box) adalah perfume yang sama di jual di kaunter, tetapi pembeli dapat menikmati harga yang lebih murah (sekitar 10%-50%) dengan melakukan pembelian di GaleriWangian.com tanpa perlu ke kaunter. Perfume yang ditawarkan adalah dijamin original dan BARU. Ia diperolehi dari diperolehi secara borong daripada pembekal-pembekal perfume yang sah serta daripada kaunter-kaunter perfume di pusat beli-belah (sekiranya ada promosi). Kesemua perfume ini dijamin ORIGINAL dan BARU.

Perfume Tester Baru ialah perfume tester yang digunakan oleh pengedar perfume di kaunter sebagai 'tester' kepada pelanggan mereka. Kelebihan perfume tester ini ialah ia diadun dengan komposisi yang lebih pekat berbanding perfume baru (New in Box), bertujuan untuk memikat hati pengguna untuk membeli perfume yang dijual. Perfume Tester diadun supaya baunya lebih kuat dan tahan lama berbanding perfume baru yang sejenis. Perfume Tester yang dijual di GaleriWangian.Com ialah perfume tester yang baru dan masih belum digunakan oleh sesiapa.

Tempahan Khusus

Kami di GaleriWangian.com juga menerima tempahan khusus jika produk yang anda inginkan tiada di laman web kami. Anda hanya perlu nyatakan jenis produk yang anda inginkan beserta ciri-ciri khusus produk tersebut seperti nama perfume, volume perfume (ml) dan ciri-ciri lain. Sebarang persoalan akan kami jawab setelah disahkan dengan pengedar-pengedar kami sekiranya perfume tersebut ada dalam simpanan stok mereka. Buat pilihan terbaik anda dan belilah produk kami tanpa sedikit pun rasa ragu-ragu. Di GaleriWangian.com, anda jimat duit, masa, tenaga anda dan penghantaran terus ke hadapan pintu rumah anda.

Untuk tempahan khusus, sila hubungi Taib (013-7013885) dan Leman (013-4505096) atau emailkan kepada komeng131@gmail.com dan lemay_8871@yahoo.com.

-----------------------------------------------------------

Return Policy

Barang mesti dipulangkan dalam masa 7 hari selepas tempoh pembelian. GaleriWangian.com akan memulangkan kembali wang anda setelah barang yang dipulangkan kami terima.

Pemulangan wang hanyalah untuk harga barang. Tidak termasuk harga pos & pengurusan.

 

Kami tidak akan menerima pemulangan barang sekiranya:

-Barang sudah diguna/ dispray (isinya telah berkurangan)

-Barang telah dibuang tag/ kerosakan pada kotak atau botol

-Barang hilang dalam perjalanan pos